LOGO KOKURIKULUM KEPIMPINAN KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH.
Logo ini telah dicipta oleh salah seorang alhi Kokurikulum Kepimpinan sendiri. Logo ini telah pun mendapat persetujuan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum dan Jurulatih Kepimpinan sendiri.
Berkisar logo ini:
1. 2 bentuk melengkung- melambangkan kesepaduan ahli kokurikulum sebagai pemimpin.
2. Lambang al-Quran, melambangkan keagunagan al-Quran itu sendiri.
3. Jata negeri Kedah- melambangkan Kokurikulum Kepimpinan KUIN ini berasal dari Negeri
Jelapang padi.
4. Bulatan berwarna ungu-melambangkan Kolej Universiti Insaniah.
5. Bulatan berwarna kuning- melambangkan kedaulatan Raja.
6. Warna merah- melambangkan semangat pemimpin yang berani.
7. Warna biru- melambangkan kesaksamaan dan perpaduan pemimpin yang berjiwa rakyat.
8. Warna Ungu- melambangkan kepimpinan dan warna rasmi KUIN.
9. Warna Kuning- melambangkan kedaulatan raja dan pemimpin yang sentiasa optimis.
KOKURIKULUM KEPIMPINAN KUIN
Tuesday, March 2, 2010
Wednesday, February 10, 2010
PRAKTIKAL PERTAMA
Assalammualaikum.
Sahabt-sahabat sekalian,
TARIKH: 29 JANUARI 2010
TEMPAT: KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
Pada tarikh dan tempat di atas, kokurikulum Kepimpinan telah melakukan praktikal pertama (outdoor activity) dengan jayanya.
Buat pebngetahuan sekalian, aktiviti ini telah dirancang dengan rapi oelh Ustaz Firus dan merahsiakannya dari pengetahuan MT dan Exco Kepimpinan. Namun, Allah Maha Merancang, aktiviti yang sepatutnya dilakukan di Pekan Rabu ditukarkan ke sekitar KUIN.
Pada awalnya, ahli diminta untuk meninggalkan telefon bimbit, dompet, kunci motor, kunci rumah, dan jam tangan di dalam kelas. Kemudian arahan seterusnya diberikan oleh Ustaz Fairuz.
"Anda dikehendaki mencari 20 orang awam (kecuali pelajar KUIN) dan bertanyakan tentang:
Arahan diterima. Dan pelajar dibenarkan keluar pada jam 10.15pagi dan berakhir pada 11 pagi.
SELEPAS 11 pagi...
Mengikut perhatian, ramai pelajar berusaha untuk mendapatkan 20 orang responden, namun ada yang gagal.
Ahli yang paling tinggi markahnya berjaya mendapatkan RM2.00, dan sekotak air susu. Pellbagai perasaan dialami oleh setiap ahli.
Semoga, praktikal yang akan datang lebih mengujakan!!
Insya Allah....
Sahabt-sahabat sekalian,
TARIKH: 29 JANUARI 2010
TEMPAT: KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH
Pada tarikh dan tempat di atas, kokurikulum Kepimpinan telah melakukan praktikal pertama (outdoor activity) dengan jayanya.
Buat pebngetahuan sekalian, aktiviti ini telah dirancang dengan rapi oelh Ustaz Firus dan merahsiakannya dari pengetahuan MT dan Exco Kepimpinan. Namun, Allah Maha Merancang, aktiviti yang sepatutnya dilakukan di Pekan Rabu ditukarkan ke sekitar KUIN.
Pada awalnya, ahli diminta untuk meninggalkan telefon bimbit, dompet, kunci motor, kunci rumah, dan jam tangan di dalam kelas. Kemudian arahan seterusnya diberikan oleh Ustaz Fairuz.
"Anda dikehendaki mencari 20 orang awam (kecuali pelajar KUIN) dan bertanyakan tentang:
- Nama Penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- Pekerjaan
- Falsafah hidup
- Apakah nasihat untuk saya (ahli kepimpinan) untuk menjadi seorang pemimpin?
Arahan diterima. Dan pelajar dibenarkan keluar pada jam 10.15pagi dan berakhir pada 11 pagi.
SELEPAS 11 pagi...
Mengikut perhatian, ramai pelajar berusaha untuk mendapatkan 20 orang responden, namun ada yang gagal.
Ahli yang paling tinggi markahnya berjaya mendapatkan RM2.00, dan sekotak air susu. Pellbagai perasaan dialami oleh setiap ahli.
Semoga, praktikal yang akan datang lebih mengujakan!!
Insya Allah....
Wednesday, January 13, 2010
Ciri-ciri Pemimpin Islam
Ummat Islam amat2 memerlukan kalangan pemimpin yang adil, takwa dan taat kepada suruhan Allah SWT, melaksanakan hukum-hukum Allah dan syariat Allah serta menjauhi segala larangan-Nya, kerana kelak di akhirat, jika mana2 pemimpin melanggar amanah Allah dan rakyat jelata,akan ditanya Rabbul Jalil akan peranan dan sumbangan kepada agama Islam, negara dan rakyat...memang berat tugas pemimpin...perlu memiliki ilmu utk mengimbangkan antara keperluan duniawi dan ukhrawi, bertugas sebagai pekerja kepada rakyat dan bukannya atas sebarang kepentingan diri, hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Kewajipan melantik pemimpin yang adil adalah merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua kalimah syahadah ,ini kerana pemimpin adalah merupakan khalifah Allah yang melata diatas muka bumi allah ini.Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan dan seterusnya akan meletusnya kemungkaran dan kerosakan yang tidak terhingga.
Maka tidak hairanlah ,islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada para imam yang adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang sentiasa menjaga kesucian agama allah daripada terus dicemari.Sabda Rasulullah dalam hadisnya:
"Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat dan paling rapat kedudukan nya dengan Allah kelak ialah para imam yang adil". (Riwayat Tarmizi)
Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani ini.:antaranya:
1 . Islam . Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.
2 . Adil . Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.
3 . Ilmu. Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.
4 . Melaksanakan hukum Allah.
5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.
Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam dengan katanya,
" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."
Beginilah syakhsiah yang kita cari, dan inilah kriteria kepimpinan yang diimpikan oleh Islam dalam masalah ini.Cuma apa yang diharapkan ialah mereka ini mampu untuk melaksanakan perintah dan hukum Allah diatas bumi ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)